Friday, February 18, 2011

memang inilah aku.

olla olla,

aku sangat sangat marah dan sentap sekarang nih. oke, aku mengaku aku memang pemarah and tak pandai nak kawal diri bile tengah marah. selalunye yg jadi mangsa adek" aku. kesian diorang. even diorang dah terbiase kene marah, aku still rase bersalah. sorry dear~ aku nak cube kawal perasaan marah nie and tak nak jadi panas baran. tak manis kan perempuan suke marahmarah ?  

kat bawah nie ade tips nak kawal marah. actually tips nie untuk aku. tapi nak share jugak dengan korang.  


1 = Sebelum melepaskan kemarahan, cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara ? Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan anda akan mendapat jawapan yang lebih tenang serta mampu mengawal kemarahan anda.

2 = Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda akan meninggalkan kesan negatif ? Jika benar lebih baik anda bertenang dan sekiranya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil, lebih baik lupakan saja.

3 = Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian. ( kalau dia memang totally tak bertanggungjawab, rasional kan kalau kite marah ? grrr~ )

4 = Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 = Ketika kemarahan anda sedang memuncak, cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu. ( aku nak cube :) )

6 = Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda. ( wah, kene try nih )

7 = Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.
 
8 = Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

aku kurang setuju with contoh tips ketige tuh. kalau korang dah diberi tanggungjawab and amanah, korang kene la buat kan ? dah memang tue tugas korang, buatlah. kalau dah memang tak reti and tak paham ape tuh TANGGUNGJAWAB, tak payah la nak sebok pikul. haih =.= 

yg tengah marah,
TIERA