Friday, February 18, 2011

memang inilah aku.

olla olla,

aku sangat sangat marah dan sentap sekarang nih. oke, aku mengaku aku memang pemarah and tak pandai nak kawal diri bile tengah marah. selalunye yg jadi mangsa adek" aku. kesian diorang. even diorang dah terbiase kene marah, aku still rase bersalah. sorry dear~ aku nak cube kawal perasaan marah nie and tak nak jadi panas baran. tak manis kan perempuan suke marahmarah ?  

kat bawah nie ade tips nak kawal marah. actually tips nie untuk aku. tapi nak share jugak dengan korang.  


1 = Sebelum melepaskan kemarahan, cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara ? Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan anda akan mendapat jawapan yang lebih tenang serta mampu mengawal kemarahan anda.

2 = Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda akan meninggalkan kesan negatif ? Jika benar lebih baik anda bertenang dan sekiranya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil, lebih baik lupakan saja.

3 = Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian. ( kalau dia memang totally tak bertanggungjawab, rasional kan kalau kite marah ? grrr~ )

4 = Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 = Ketika kemarahan anda sedang memuncak, cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu. ( aku nak cube :) )

6 = Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda. ( wah, kene try nih )

7 = Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.
 
8 = Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

aku kurang setuju with contoh tips ketige tuh. kalau korang dah diberi tanggungjawab and amanah, korang kene la buat kan ? dah memang tue tugas korang, buatlah. kalau dah memang tak reti and tak paham ape tuh TANGGUNGJAWAB, tak payah la nak sebok pikul. haih =.= 

yg tengah marah,
TIERA


Friday, February 11, 2011

Study Group Memang Best !

yeah ! dah habis pk1. walaupun terase amat takot dengan resultnye nanti, aku nak cakap jugak aku puas sebab pk1 nih aku study. siap buat study group lagi tau. :)

first day, memang tak plan nak study pon. ingatkan nak join latihan sukan. tapi aku tukar plan sebab ramai cakap dorang tak pergi. so, aku ajak intan stay jugak tapi study for pk1. aku malas nak balik sebab petang tue kteorang ade tuisyen. so, mcm membazir je balik. haritu, kteorang revise addmath gile" punye. tapi, mostly ape yg kteorang revise haritu tak keluar pon. haih =.= time study tuh, aku sangat bengang dengan budak itu. eh, tak paham ke yg kteorang tengah study ? tolonglah senyap. aku tau lah kantin tue luas mcm stadium tapi tak payah la cakap mcm kawan kau tuh 3 batu jaohnye. ke kawan kau tu pekak badak ? grrr~ 

next day, kteorang stay lagi. tapi kali ni teha join. seriously, aku rase haritu aku tak study hapehapepon. banyaknye bercakap and cerite itu ini. tapi dapat jugak la study agama. tue pon sebab syiera yg terangkan. last day iaitu semalam, memang gile punye best. kteorang belajar biology. for the first time aku belajar bio tak mengantuk. hehe. memang mostly students akan mengantuk bile time bio. taktahu kenape and mengape. tapi kalau korang belajar bio with kteorang semalam, korang confirm tak mengantuk. sebab ? we're not just learning and memorizing those notes but we're solving puzzle. and we managed to solve almost all of the puzzle. best gile ! kteorang belajar pasal cell sampai pergi KLIA tau. korang ade ?
 
aku memang mengesyorkan kat korang supaya buat study group jugak. oke, nak bagi tips sikit kalau korang pon berminat nak buat study group macam kteorang. tips" nie aku google search oke. saje nak share.

+  pastikan tak ramai ahli dalam study group korang. kalau ramai sangat, mesti ade yang buat dunie dorang sendiri and group akan jadi bising + huru-hara ( sebaiknye 3-5 orang ).

lantik seorang leader or ketua. kalau korang rase korang boley kawal diri, tak payah pon takpe. leader tu just untuk tegur korang kalau dah terpesong dari yg sepatutnye.

+  bace dulu ape yg korang nak study. sekurang"nye takde la korang melopong bile kawan korang membebel pasal tajuk yg nak bincang tu. biasenye sebelum bincang tue la korang take time untuk bace tajuk tue.

+  make sure kat group korang tuh ade seorang ( at least ) yang boley dibuat rujukan. kalau korang musykil ke ape ke, boley tanye dia kan.

+  all of group members MUST give cooperation. kalau takde kerjasama, baik tak payah buat study group. kau belajar kat rumah dgn adek + kucing lagi bagos.

+  jangan ade rase tak puas hati kat group member kite. if ade jugak, cakap lah kat dia. nak terima or tak, suke hati dia la. 

p/s :: Nurmaisarah Ismail, Nur Intan Raihana Rahimi, Syahirah Hamdan and Siti Fatehah Jafri. im glad that i've a super awesome and gorgeous study group's mate like uoll. memang best gile belajar dengan korang ! next time kite buat camni lagi eh. hee~ :D